Monday, April 22, 2013

BELAJAR MEMBACA


BELAJAR MEMBACA

1)      Proses Membaca

Ø  Proses membaca sangat berkait dengan proses penglihatan
Ø  Kajian dalam bacaan cuba untuk mencari jawapan bagaimanakah simbol di permukaan bertulis bertukar menjadi persembahan minda yang bermakna
Ø  Membaca melibatkan penglihatan minda, tetapi isu penglihatan mata juga merupakan satu isu yang amat banyak dibincangkan bagi memahami proses membaca ini.
Ø  Contohnya, pusat tumpuan mata ketika membaca, kelebaran jangka masa penglihatan, dan mendekod perkataan. 


MATA
                                                              



a)      Fungsi mata
·         Kita dapat melihat kerana adanya cahaya sesuatu objek yang dapat dicerap oleh mata
·         Apabila cahaya dikesan, isyarat akan dihantar ke otak dan otak akan memproses maklumat untuk difahami
·         Otak akan memberikan kefahaman tentang bentuk, jarak, dan pergerakan yang kita lihat menerusi lensa mata.

b)      Pusat tumpuan mata ketika membaca
·         Ketika membaca mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis.
·         Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca.
·         Tujuan menumpukan perhatian terhadap perkataan atau teks ialah untuk memancarkan bahan tersebut pada retina, ketajaman terhadap tumpuan akan berkurangan berdasarkan jarak antara mata dan teks.

c)      Dapatan kajian :
·         Pembaca akan memusatkan 80% tumpuan terhadap jenis perkataan kandungan seperti kata nama, kata kerja adjektif, dan 20% lagi pada perkataan fungsian.
·         Masa yang digunakan oleh pembaca bagi membuat tumpuan adalah berbeza dan bersistematik.
·         Pembaca yang lemah membuat tumpuan yang lebih lama.
·         Teks yang sukar memerlukan tumpuan yang lebih lama.
·         Pembaca yang baru memerlukan tumpuan yang lebih lama
·         Perkataan yang kurang biasa memerlukan tumpuan mata yang lebih lama
·         Perkataan diinterpretasi ketika tumpuan dilakukan, bukan menunggu sehingga perkataan yang seterusnya, kecuali dalam keadaan yang tertentu. Jika berlaku kesilapan dalam interpretasi, maka prosedur kecekapan pemulihan akan berlaku bagi mengenalpasti kesilapan.
·         Pembaca akan melihat kembali pada perkataan yang bermasalah dan membuat interpretasi alternatif.



d)     Kajian tentang tumpuan mata :
·         Tumpuan mata bukan punca pembaca cekap atau lemah, sebaliknya ia merupakan tanda bagi proses penglihatan dan pemahaman.
·         Memahami proses ini akan membantu kita memahami apa yang dilakukan pembaca ketika membaca dengan itu dapat dijadikan panduan bagi merangka program membaca dan pemilihan bahan bacaan serta merancang program pemulihan dengan lebih baik.

e)      Kelebaran jangka masa tumpuan
§  Pembaca yang normal akan menumpukan pemerhatian terhadap perkataan yang penting.
                        The two faction were at a standstill
                        The rebels guarded the pyctce with their gun
§  Menggunakan kawalan skrin komputer pembaca menumpukan perhatian pada bukan perkataan “pyctce” ,tetapi pada perkataan sebelum dan selepasnya bagi mencari kiu untuk memahami perkataan “pyctce”

f)       Mendekod
§  Langkah pertama untuk membaca ialah untuk mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca.

g)      Kiu bunyi
·         Persoalan yang sering dikemukakan ialah, adakah bunyi bagi perkataan boleh membantu untuk memperoleh makna?
·         Ada pembaca yang mengatakan bahawa mereka mendengar bunyi bagi perkataan yang dibaca, dan ini mencadangkan bahawa terdapatnya komponen fonologi dalam membaca.

h)      Hubungan membaca dengan mendengar
·         Membaca dan mendengar ada kaitan yang rapat
·         Hal yang demikian ini bermaksud ketika membaca seseorang seolah-olah mendengar penulis teks bercakap dengannya
·         Pembaca yang baik ialah seorang pendengar yang baik juga

i)        Kod fonologi
·         Isu pertama ialah penggunaan kod fonologi dalam ingatan jangka pendek
·         Namun kebanyakan kajian yang dilakukan mendapati bahawa pembaca yang berkemahiran tidak menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna.
Eye Do Not Know What You Herd

j)        Kiu dari kod fonologi
ü  Walau bagaimanapun, pembaca yang agak lemah akan cuba menggunakan kod fonologi untuk meneka makna perkataan , sekurang-kurangnya mereka menggerakkan bibir untuk meneka makna dalam petikan yang dibaca.
ü  Bagi pembaca yang mahir mereka akan hanya menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna perkataan yang agak sukar dan membantu mereka dalam ingatan jangka pendek.

k)      Unit perkataan
ü  Isu kedua ialah unit perkataan yang ingin didekodkan, sama ada abjad atau gabungan abjad, sukukata, atau seluruh perkataan.
            Sayamembacapadawaktusemuaorangtelahtidur

l)        Pembaca mahir dan pembaca lemah
Ø  Bagi pembaca yang mahir, pemenggalan kepada setiap sukukata akan menyebabkan halangan dalam membentuk makna.
Ø  Tetapi bagi pembaca yang lemah, mereka akan cuba mencantumkan setiap huruf, setiap suku kata dan setiap perkatan bagi membina makna secara keseluruhan.

m)    Masalah kelancaran
Ø  Bagi pembaca awal masalahnya ialah kelancaran.
Ø  Bagi pembaca mahir, masalahnya ialah koordinasi intra teks bagi mendapatkan makna yang lebih menyeluruh.

n)      Pembinaan makna secara holistik
·         Makna juga dibina secara keseluruhan apabila pembaca dapat menggunakan kiu yang terdapat dalam ayat.
Seseorang ortopedikteris perlu mendapatkan bantuan secara teknikal daripada jururawat ketika menjalankan tugasnya
·          Contoh di atas menunjukkan proses untuk memahami maksud “ortopedikteris” lebih mudah kerana terdapat perkataan “jururawat” dalam ayat tersebut.

o)      Proses membina makna
·         “Reading is a psycholinguistic guessing game” – Goodman (1967)
·         Pembaca menggunakan pengetahuannya tentang bahasa, teks, dan contoh perkataan, menerka dan mengesahkan pada waktu mereka membina makna ketika membaca
·         Beliau telah menjalankan penyelidikan yang ingin memahami apakah yang dilakukan oleh pembaca bagai memahami teks yang dibaca.  

p)      Analisis Miskiu
·         Prosedur Analisis Miskiu dijalankan bagi memahami bagaimana seseorang pembaca menggunakan pengetahuan latarnya bagi memahami teks yang dibaca.
·         Dalam kajian yang dijalankan berasaskan prosedur ini, dapatan menunjukkan pembaca amat bergantung kepada keupayaanya untuk membuat terkaan terhadap makna berlandaskan perbendaharaan kata yang terdapat dalam kamus pemikirannya.
·         Kegunaan analisis miskiu dalam pengajaran membaca :
                                                        i.            Pada peringkat awalnya (1970-80an) guru menggunakan prosedur analisis miskiu bagi menilai tahap keupayaan para pelajarnya membaca
                                                      ii.            Berlandaskan keupayaan tersebut juga, seseorang guru akan merangka strategi pengajaran, jenis aktiviti, jenis bahan yang digunakan, dan jenis penilaian yang akan dilakukan bagi sesuatu kumpulan pelajarnya.
·         Restrospektif Analisis Miskiu:
                                                        i.            Mula digunakan oleh Kenneth dan Yetta Goodman (1970) bagi memahami mengapa seseorang pembaca menukarkan perkataan “automobile” kepada “car” atau perkataan “house” kepada “horse” dan sebagainya.
                                                      ii.            Mereka melihat membaca ialah satu proses transaksi antara bahasa dan pemikiran pembaca dengan bahasa dan pemikiran penulis.
                                                    iii.            Proses ini bukanlah satu proses yang mudah dan bebas daripada kesilapan.
                                                    iv.            Pembaca yang kurang berkeupayaan akan mempelajari kemahiran membaca menerusi kesilapan ini.
·         Inventori Analisis Miskiu:
                                                        i.            Ketika membaca, pembaca akan melakukan proses:
                                                      ii.            Peninggalan
                                                    iii.            Penggantian
                                                    iv.            Pengulangan
                                                      v.            Penyisipan
                                                    vi.            Pembetulan kendiri
·         Tambahan Miskiu :
                                                        i.            Penangguhan
                                                      ii.            Peninggalan kerana kegagalan pembetulan kendiri
                                                    iii.            Separa – peninggalan, penukaran, pengulangan, dan pembetulan kendiri
                                                    iv.            Penggantian tidak bermunasabah 




No comments:

Post a Comment