Monday, April 22, 2013

MASALAH DALAM MEMBACA


MASALAH DALAM MEMBACA
1) KEGAGALAN MEMBACA
* Terdapat beberapa golongan murid yang bermasalah dalam membaca. Antaranya adaah seperti berikut:
i) murid-murid yang tidak boleh membaca langsung
ii) murid-murid yang susah membaca
iii) murid-murid yang tidak mahir membaca
iv) murid-murid yang tidak suka membaca
* Kesannya :
a) Rasa rendah diri dan terus memencilkan diri daripada rakan sebaya
b) Perkembangan minda murid tersebut terbantut
c) Menyebabkan masalah pembelajaran dan sosial
d) Ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan-rakan yang lain



2) FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN DALAM MEMBACA
i) Faktor yang menyebabkan tidak berkeupayaan menguasai kemahiran membaca antara murid-murid memang berbeza
ii) Faktor-faktor tersebut adalah seperti di bawah:
* Faktor Rohani Murid
* Faktor ini berkaitan dengan elemen dalaman murid dan berkaitan dengan emosi mereka.

* Setiap murid yang dilahirkan mempunyai emosi yang berbeza-beza.
* Terdapat murid yang mempunyai emosi yang kukuh, sederhana dan lemah.
* Emosi ini disebabkan oleh pengaruh baka, pemakanan, dan tahap kualiti hidup keluarga murid tersebut.
* Elemen gangguan emosi:
a) Elemen gangguan emosi murid pula dikaitkan dengan ketidak seimbangan emosi atau emosi tidak terkawal
b) Emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat.
c) Goleman (1997) menjelaskan, terdapat lapan jenis emosi yang mengawal kehidupan manusia iaitu marah, sedih, takut, gembira, sayang, hairan, benci dan malu.



* Gangguan emosi disebabkan oleh masalah :
i) keluarga seperti pergaduhan ibu bapa, penceraian, pilih kasih, kemiskinan, kecacatan dan kematian orang yang disayangi
ii) rakan sebaya yang sering mengata, mengherdik, berbohong dan membuli akan menyebabkan murid itu berada dalam ketakutan untuk pergi ke sekolah dan merasa tertekan emosinya
iii) sekolah, guru dan masyarakat sekeliling akan memberi impak secara tidak langsung ke atas emosi murid jika terlalu mengongkongkehidupan mereka
iv) keperluan yang tidak dipenuhi
v) terlalu diberi perlindungan
vi) tidak diterima di rumah
vii) pernah mengalami kegagalan
viii) masalah-masalah lain di rumah



No comments:

Post a Comment