BELAJAR
MEMBACA
1) Proses Membaca
Ø Proses membaca sangat berkait dengan proses penglihatan
Ø Kajian dalam bacaan cuba untuk mencari jawapan bagaimanakah simbol di
permukaan bertulis bertukar menjadi persembahan
minda yang bermakna
Ø Membaca melibatkan penglihatan minda, tetapi isu penglihatan mata juga
merupakan satu isu yang amat banyak dibincangkan bagi memahami proses membaca
ini.
Ø Contohnya, pusat tumpuan mata ketika membaca, kelebaran jangka masa
penglihatan, dan mendekod perkataan.
MATA
a)
Fungsi mata
·
Kita
dapat melihat kerana adanya cahaya sesuatu objek yang dapat dicerap oleh mata
·
Apabila
cahaya dikesan, isyarat akan dihantar ke otak dan otak akan memproses maklumat
untuk difahami
·
Otak akan
memberikan kefahaman tentang bentuk, jarak, dan pergerakan yang kita lihat
menerusi lensa mata.
b)
Pusat
tumpuan mata ketika membaca
·
Ketika
membaca mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis.
·
Mata akan
tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut
kelancaran pembaca.
·
Tujuan
menumpukan perhatian terhadap perkataan atau teks ialah untuk memancarkan bahan
tersebut pada retina, ketajaman terhadap tumpuan akan berkurangan berdasarkan
jarak antara mata dan teks.
c)
Dapatan
kajian :
·
Pembaca
akan memusatkan 80% tumpuan terhadap jenis perkataan kandungan seperti kata
nama, kata kerja adjektif, dan 20% lagi pada perkataan fungsian.
·
Masa yang
digunakan oleh pembaca bagi membuat tumpuan adalah berbeza dan bersistematik.
·
Pembaca
yang lemah membuat tumpuan yang lebih lama.
·
Teks yang
sukar memerlukan tumpuan yang lebih lama.
·
Pembaca
yang baru memerlukan tumpuan yang lebih lama
·
Perkataan
yang kurang biasa memerlukan tumpuan mata yang lebih lama
·
Perkataan
diinterpretasi ketika tumpuan dilakukan, bukan menunggu sehingga perkataan yang
seterusnya, kecuali dalam keadaan yang tertentu. Jika berlaku kesilapan dalam
interpretasi, maka prosedur kecekapan pemulihan akan berlaku bagi mengenalpasti
kesilapan.
·
Pembaca
akan melihat kembali pada perkataan yang bermasalah dan membuat interpretasi
alternatif.
d)
Kajian tentang tumpuan mata :
·
Tumpuan
mata bukan punca pembaca cekap atau lemah, sebaliknya ia merupakan tanda bagi
proses penglihatan dan pemahaman.
·
Memahami
proses ini akan membantu kita memahami apa yang dilakukan pembaca ketika
membaca dengan itu dapat dijadikan panduan bagi merangka program membaca dan
pemilihan bahan bacaan serta merancang program pemulihan dengan lebih baik.
e)
Kelebaran jangka masa tumpuan
§ Pembaca yang normal akan menumpukan pemerhatian terhadap perkataan yang
penting.
The two faction were at a standstill
The
rebels guarded the pyctce with their gun
§ Menggunakan kawalan skrin komputer pembaca menumpukan perhatian pada
bukan perkataan “pyctce” ,tetapi pada perkataan sebelum dan selepasnya bagi
mencari kiu untuk memahami perkataan “pyctce”
f)
Mendekod
§ Langkah pertama untuk membaca ialah untuk mengenalpasti permukaan
bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan
memperolehi maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam
pemikiran pembaca.
g)
Kiu bunyi
·
Persoalan
yang sering dikemukakan ialah, adakah bunyi bagi perkataan boleh membantu untuk
memperoleh makna?
·
Ada
pembaca yang mengatakan bahawa mereka mendengar bunyi bagi perkataan yang
dibaca, dan ini mencadangkan bahawa terdapatnya komponen fonologi dalam
membaca.
h)
Hubungan membaca dengan mendengar
·
Membaca
dan mendengar ada kaitan yang rapat
·
Hal yang
demikian ini bermaksud ketika membaca seseorang seolah-olah mendengar penulis
teks bercakap dengannya
·
Pembaca
yang baik ialah seorang pendengar yang baik juga
i)
Kod fonologi
·
Isu
pertama ialah penggunaan kod fonologi dalam ingatan jangka pendek
·
Namun
kebanyakan kajian yang dilakukan mendapati bahawa pembaca yang berkemahiran
tidak menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna.
Eye Do Not Know What You Herd
j)
Kiu dari
kod fonologi
ü Walau bagaimanapun, pembaca yang agak lemah akan cuba menggunakan kod
fonologi untuk meneka makna perkataan , sekurang-kurangnya mereka menggerakkan
bibir untuk meneka makna dalam petikan yang dibaca.
ü Bagi pembaca yang mahir mereka akan hanya menggunakan kod fonologi bagi
memperolehi makna perkataan yang agak sukar dan membantu mereka dalam ingatan
jangka pendek.
k)
Unit perkataan
ü Isu kedua ialah unit perkataan yang ingin didekodkan, sama ada abjad
atau gabungan abjad, sukukata, atau seluruh perkataan.
Sayamembacapadawaktusemuaorangtelahtidur
l)
Pembaca mahir dan pembaca lemah
Ø Bagi pembaca yang mahir, pemenggalan kepada setiap sukukata akan
menyebabkan halangan dalam membentuk makna.
Ø Tetapi bagi pembaca yang lemah, mereka akan cuba mencantumkan setiap
huruf, setiap suku kata dan setiap perkatan bagi membina makna secara
keseluruhan.
m)
Masalah kelancaran
Ø Bagi pembaca awal masalahnya ialah kelancaran.
Ø Bagi pembaca mahir, masalahnya ialah koordinasi intra teks bagi
mendapatkan makna yang lebih menyeluruh.
n)
Pembinaan makna secara holistik
·
Makna
juga dibina secara keseluruhan apabila pembaca dapat menggunakan kiu yang
terdapat dalam ayat.
“Seseorang
ortopedikteris perlu
mendapatkan bantuan secara teknikal daripada jururawat ketika menjalankan
tugasnya”
·
Contoh di atas menunjukkan proses untuk
memahami maksud “ortopedikteris” lebih mudah kerana terdapat perkataan “jururawat”
dalam ayat tersebut.
o)
Proses
membina makna
·
“Reading is a psycholinguistic guessing game” – Goodman (1967)
·
Pembaca
menggunakan pengetahuannya tentang bahasa, teks, dan contoh perkataan, menerka
dan mengesahkan pada waktu mereka membina makna ketika membaca
·
Beliau
telah menjalankan penyelidikan yang ingin memahami apakah yang dilakukan oleh
pembaca bagai memahami teks yang dibaca.
p)
Analisis
Miskiu
·
Prosedur
Analisis Miskiu dijalankan bagi memahami bagaimana seseorang pembaca
menggunakan pengetahuan latarnya bagi memahami teks yang dibaca.
·
Dalam
kajian yang dijalankan berasaskan prosedur ini, dapatan menunjukkan pembaca
amat bergantung kepada keupayaanya untuk membuat terkaan terhadap makna
berlandaskan perbendaharaan kata yang terdapat dalam kamus pemikirannya.
·
Kegunaan
analisis miskiu dalam pengajaran membaca :
i.
Pada
peringkat awalnya (1970-80an) guru menggunakan prosedur analisis miskiu bagi
menilai tahap keupayaan para pelajarnya membaca
ii.
Berlandaskan
keupayaan tersebut juga, seseorang guru akan merangka strategi pengajaran,
jenis aktiviti, jenis bahan yang digunakan, dan jenis penilaian yang akan
dilakukan bagi sesuatu kumpulan pelajarnya.
·
Restrospektif Analisis Miskiu:
i.
Mula
digunakan oleh Kenneth dan Yetta Goodman (1970) bagi memahami mengapa seseorang
pembaca menukarkan perkataan “automobile” kepada “car” atau perkataan “house”
kepada “horse” dan sebagainya.
ii.
Mereka
melihat membaca ialah satu proses transaksi antara bahasa dan pemikiran pembaca
dengan bahasa dan pemikiran penulis.
iii.
Proses
ini bukanlah satu proses yang mudah dan bebas daripada kesilapan.
iv.
Pembaca
yang kurang berkeupayaan akan mempelajari kemahiran membaca menerusi kesilapan
ini.
·
Inventori Analisis Miskiu:
i.
Ketika
membaca, pembaca akan melakukan proses:
ii.
Peninggalan
iii.
Penggantian
iv.
Pengulangan
v.
Penyisipan
vi.
Pembetulan
kendiri
·
Tambahan Miskiu :
i.
Penangguhan
ii.
Peninggalan
kerana kegagalan pembetulan kendiri
iii.
Separa –
peninggalan, penukaran, pengulangan, dan pembetulan kendiri
iv.
Penggantian
tidak bermunasabah

No comments:
Post a Comment