Monday, April 22, 2013

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA





Bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, guru perlu menggunakan pendekatan mengajar yang sesuai. Pemilihan pendekatan ini perlu mengambil kira aspek kebolehan membaca pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.

1) PENGAJARAN MEMBACA ASAS
Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca beberapa kemahiran membaca yang yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan. Pendekatan asas membaca juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulangkaji perkara yang sudah diajar sebelumnya. Penambahan kepada perkara yang sudah diajarkan dalam pengajaran membaca dapat membantu menguasai kemahiran membaca. Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen- elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan merujuk kepada andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu.
a) Kaedah pengajaran membaca asas
Pendekatan ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal pengausaan kemahiran membaca. Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu. Prinsip pengajarannya seperti berikut:
i) Pengajaran perkembangan kemahiran
ii) Pembelajaran membaca secara terarah



2) Pendekatan pengalaman bahasa
Pendekatan ini sering digunakan kepada pelajar- pelajar terutamanya yang mempunyai perbezaan linguistik. Kelebihan pendekatan ini menurut Lewis (1991) adalah :
a) Dengan menggunakan bahasa lisan pelajar dapat mencerminkan penguasaan sintaksis dan struktur ayat.
b) Penggunaan perbendaharaan kata menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman pelajar. Perkataan itu mencerminkan kandungan teks bagi memudahkan pelajar membina makna. Pelajar yang mempunyai pengalaman bahasa mudah menguasai teks. Dapatan ini menjadi pendorong kepada pembaca peringkat awal dan melahirkan siakp positif dalam membaca.
c) Menggabungkan penulisan dalam mengarang cerita daripada pengalaman individu ataupun kumpulan.
d) Dalam menggunakan pendekatan ini, adalah penting menggunakan keupayaan bahasa pelajar.
e) Pendekatan ini dapat disepadukan dengan pendekatan yang lain. Guru boleh memulakan pengajaran membaca dengan pendekatan ini dan kemudian dengan memperkenalkan pendekatan berasaskan kesusteraan.
f) Mengikut kajian, penggunaan pendekatan ini di prasekolah bertambah secara positif (Sthal:1990).
Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar termasuk hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan, dan membaca.

3) Pendekatan Membaca Individu
> Melalui pendekatan ini, penekanan diberikan kepada :
a) Tahap yang berbeza dalam pembacaan individu
b) Pelajar memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keperluan, minat, dan keupayaan membaca. Guru membantu cara memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran ketika membacanya.
> Bahan dan kandungan
Memberi peluang kepada pelajar membaca secara meluas dan bebas berdasarkan buku dan majalah pelbagai tajuk.


> Tujuannya
i) Memberi kesan yang meluas dalam menarik minat membaca pelajar dan komitmen menjadikan aktiviti sesuatu yang bernilai dalam kehidupannya.
ii) Mengembangkan kecekapan kemahiran membaca yang luas bermula dengan memilih kata yang mudah kepada aplikasi kemahiran bahasa dengan kandungan bahan yang lebih kompleks.
iii) Menambahkan keupayaan pelajar memahami dan menilai bahan bacaan.
> Pelaksanaan pengajaran
Bagi melaksanakan pengajaran membaca, guru- guru boleh melaksanakannya berdasarkan prinsip- prinsip di bawah :
i) Pilihan kendiri
ii) Perbincangan antara guru dengan murid

4) Pendekatan bahasa bersepadu berdasarkan falsafah bahasa keseluruhan


* Banyak sekolah melaksanakan pendekatan bahasa bersepadu yang menggunakan falsafah bahasa secara keseluruhan bagi mengajar membaca dan perkembanagan bahasa untuk pelajar- pelajar daripada pelbagai budaya.
* Ciri utama pendekatan ini mencerminkan teori utama yang menekankan pemerolehan bahasa kedua dan membina kekuatan linguistik pelajar.
* Pengajaran bahasa secara bersepadu adalah bagi membina dan meningkatkan pengetahuan asas pelajar. Pendekatan ini juga menggabungkan bahasa dengan aspek lain pengajaran bahasa.
* Dalam pendekatan ini, pelajar melakukan pembacaan bagi keseronokan dan mendapatkan maklumat.
* Ini adalah matlamat utama pendekatan pengalaman membaca secara menyeluruh. Pelajar membaca dengan tujuan mendapatkan makluamt serta cara menggunakan maklumat sebagai cirri utama pendekatan ini.
* Pendekatan ini menekankan makna dalam konteks dan pengalaman pelajar bagi memudahkan pemahaman membaca.Proses belajar membaca meliputi pendekatan menyeluruh bagi tujuan literasi yang menekankan antara satu dengan yang lain seperti aspek interaktif dalam bahasa iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

BELAJAR MEMBACA


BELAJAR MEMBACA

1)      Proses Membaca

Ø  Proses membaca sangat berkait dengan proses penglihatan
Ø  Kajian dalam bacaan cuba untuk mencari jawapan bagaimanakah simbol di permukaan bertulis bertukar menjadi persembahan minda yang bermakna
Ø  Membaca melibatkan penglihatan minda, tetapi isu penglihatan mata juga merupakan satu isu yang amat banyak dibincangkan bagi memahami proses membaca ini.
Ø  Contohnya, pusat tumpuan mata ketika membaca, kelebaran jangka masa penglihatan, dan mendekod perkataan. 


MATA
                                                              



a)      Fungsi mata
·         Kita dapat melihat kerana adanya cahaya sesuatu objek yang dapat dicerap oleh mata
·         Apabila cahaya dikesan, isyarat akan dihantar ke otak dan otak akan memproses maklumat untuk difahami
·         Otak akan memberikan kefahaman tentang bentuk, jarak, dan pergerakan yang kita lihat menerusi lensa mata.

b)      Pusat tumpuan mata ketika membaca
·         Ketika membaca mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis.
·         Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca.
·         Tujuan menumpukan perhatian terhadap perkataan atau teks ialah untuk memancarkan bahan tersebut pada retina, ketajaman terhadap tumpuan akan berkurangan berdasarkan jarak antara mata dan teks.

c)      Dapatan kajian :
·         Pembaca akan memusatkan 80% tumpuan terhadap jenis perkataan kandungan seperti kata nama, kata kerja adjektif, dan 20% lagi pada perkataan fungsian.
·         Masa yang digunakan oleh pembaca bagi membuat tumpuan adalah berbeza dan bersistematik.
·         Pembaca yang lemah membuat tumpuan yang lebih lama.
·         Teks yang sukar memerlukan tumpuan yang lebih lama.
·         Pembaca yang baru memerlukan tumpuan yang lebih lama
·         Perkataan yang kurang biasa memerlukan tumpuan mata yang lebih lama
·         Perkataan diinterpretasi ketika tumpuan dilakukan, bukan menunggu sehingga perkataan yang seterusnya, kecuali dalam keadaan yang tertentu. Jika berlaku kesilapan dalam interpretasi, maka prosedur kecekapan pemulihan akan berlaku bagi mengenalpasti kesilapan.
·         Pembaca akan melihat kembali pada perkataan yang bermasalah dan membuat interpretasi alternatif.

MASALAH DALAM MEMBACA


MASALAH DALAM MEMBACA
1) KEGAGALAN MEMBACA
* Terdapat beberapa golongan murid yang bermasalah dalam membaca. Antaranya adaah seperti berikut:
i) murid-murid yang tidak boleh membaca langsung
ii) murid-murid yang susah membaca
iii) murid-murid yang tidak mahir membaca
iv) murid-murid yang tidak suka membaca
* Kesannya :
a) Rasa rendah diri dan terus memencilkan diri daripada rakan sebaya
b) Perkembangan minda murid tersebut terbantut
c) Menyebabkan masalah pembelajaran dan sosial
d) Ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan-rakan yang lain



2) FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN DALAM MEMBACA
i) Faktor yang menyebabkan tidak berkeupayaan menguasai kemahiran membaca antara murid-murid memang berbeza
ii) Faktor-faktor tersebut adalah seperti di bawah:
* Faktor Rohani Murid
* Faktor ini berkaitan dengan elemen dalaman murid dan berkaitan dengan emosi mereka.

* Setiap murid yang dilahirkan mempunyai emosi yang berbeza-beza.
* Terdapat murid yang mempunyai emosi yang kukuh, sederhana dan lemah.
* Emosi ini disebabkan oleh pengaruh baka, pemakanan, dan tahap kualiti hidup keluarga murid tersebut.
* Elemen gangguan emosi:
a) Elemen gangguan emosi murid pula dikaitkan dengan ketidak seimbangan emosi atau emosi tidak terkawal
b) Emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat.
c) Goleman (1997) menjelaskan, terdapat lapan jenis emosi yang mengawal kehidupan manusia iaitu marah, sedih, takut, gembira, sayang, hairan, benci dan malu.