Monday, April 22, 2013

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA





Bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, guru perlu menggunakan pendekatan mengajar yang sesuai. Pemilihan pendekatan ini perlu mengambil kira aspek kebolehan membaca pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.

1) PENGAJARAN MEMBACA ASAS
Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca beberapa kemahiran membaca yang yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan. Pendekatan asas membaca juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulangkaji perkara yang sudah diajar sebelumnya. Penambahan kepada perkara yang sudah diajarkan dalam pengajaran membaca dapat membantu menguasai kemahiran membaca. Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen- elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan merujuk kepada andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu.
a) Kaedah pengajaran membaca asas
Pendekatan ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal pengausaan kemahiran membaca. Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu. Prinsip pengajarannya seperti berikut:
i) Pengajaran perkembangan kemahiran
ii) Pembelajaran membaca secara terarah



2) Pendekatan pengalaman bahasa
Pendekatan ini sering digunakan kepada pelajar- pelajar terutamanya yang mempunyai perbezaan linguistik. Kelebihan pendekatan ini menurut Lewis (1991) adalah :
a) Dengan menggunakan bahasa lisan pelajar dapat mencerminkan penguasaan sintaksis dan struktur ayat.
b) Penggunaan perbendaharaan kata menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman pelajar. Perkataan itu mencerminkan kandungan teks bagi memudahkan pelajar membina makna. Pelajar yang mempunyai pengalaman bahasa mudah menguasai teks. Dapatan ini menjadi pendorong kepada pembaca peringkat awal dan melahirkan siakp positif dalam membaca.
c) Menggabungkan penulisan dalam mengarang cerita daripada pengalaman individu ataupun kumpulan.
d) Dalam menggunakan pendekatan ini, adalah penting menggunakan keupayaan bahasa pelajar.
e) Pendekatan ini dapat disepadukan dengan pendekatan yang lain. Guru boleh memulakan pengajaran membaca dengan pendekatan ini dan kemudian dengan memperkenalkan pendekatan berasaskan kesusteraan.
f) Mengikut kajian, penggunaan pendekatan ini di prasekolah bertambah secara positif (Sthal:1990).
Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar termasuk hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan, dan membaca.

3) Pendekatan Membaca Individu
> Melalui pendekatan ini, penekanan diberikan kepada :
a) Tahap yang berbeza dalam pembacaan individu
b) Pelajar memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keperluan, minat, dan keupayaan membaca. Guru membantu cara memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran ketika membacanya.
> Bahan dan kandungan
Memberi peluang kepada pelajar membaca secara meluas dan bebas berdasarkan buku dan majalah pelbagai tajuk.


> Tujuannya
i) Memberi kesan yang meluas dalam menarik minat membaca pelajar dan komitmen menjadikan aktiviti sesuatu yang bernilai dalam kehidupannya.
ii) Mengembangkan kecekapan kemahiran membaca yang luas bermula dengan memilih kata yang mudah kepada aplikasi kemahiran bahasa dengan kandungan bahan yang lebih kompleks.
iii) Menambahkan keupayaan pelajar memahami dan menilai bahan bacaan.
> Pelaksanaan pengajaran
Bagi melaksanakan pengajaran membaca, guru- guru boleh melaksanakannya berdasarkan prinsip- prinsip di bawah :
i) Pilihan kendiri
ii) Perbincangan antara guru dengan murid

4) Pendekatan bahasa bersepadu berdasarkan falsafah bahasa keseluruhan


* Banyak sekolah melaksanakan pendekatan bahasa bersepadu yang menggunakan falsafah bahasa secara keseluruhan bagi mengajar membaca dan perkembanagan bahasa untuk pelajar- pelajar daripada pelbagai budaya.
* Ciri utama pendekatan ini mencerminkan teori utama yang menekankan pemerolehan bahasa kedua dan membina kekuatan linguistik pelajar.
* Pengajaran bahasa secara bersepadu adalah bagi membina dan meningkatkan pengetahuan asas pelajar. Pendekatan ini juga menggabungkan bahasa dengan aspek lain pengajaran bahasa.
* Dalam pendekatan ini, pelajar melakukan pembacaan bagi keseronokan dan mendapatkan maklumat.
* Ini adalah matlamat utama pendekatan pengalaman membaca secara menyeluruh. Pelajar membaca dengan tujuan mendapatkan makluamt serta cara menggunakan maklumat sebagai cirri utama pendekatan ini.
* Pendekatan ini menekankan makna dalam konteks dan pengalaman pelajar bagi memudahkan pemahaman membaca.Proses belajar membaca meliputi pendekatan menyeluruh bagi tujuan literasi yang menekankan antara satu dengan yang lain seperti aspek interaktif dalam bahasa iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur.


5) Pendekatan Fonik
o Pendekatan fonik pada awalnya digunakan bagi mengajar membaca pada tahap mendekod perkataan.
o Murid-murid diajar untuk mengenali huruf dari A hinggalah ke Z.
o Teknik yang digunakan ialah latih tubi, iaitu murid-murid akan diajar mengenal setiap huruf dan bunyinya.
o Mendekod
a) Guru akan menyediakan carta huruf, kad imbas, kad huruf besar dan huruf kecil, dan murid-murid diharapkan dapat mengenal pasti setiap huruf serta bunyinya.
b) Mereka juga diajarkan bunyi huruf tersebut apabila dicantumkan.
c) Pendekatan ini amat sesuai bagi meningkatkan kemahiran murid-murid dalam melakukan proses mendekod, iaitu memecahkan simbol bertulis dalam bentuk bunyi.
o Membaca bagi membina makna
a) Peringkat mendekod seperti yang kita pelajari dahulu ialah satu peringkat awal dalam sistem komunikasi bertulis.
b) Namun demikian, walaupun seseorang yang dapat melakukan proses mendekod ini dengan baik, tidak bermakna bahawa dia telah menguasai kemahiran membaca.
c) Kemahiran membaca hanya diperolehi sekiranya pembaca tersebut dapat membina makna daripada bahan yang bertulis.

6) Pendekatan Keseluruhan kata
* Pendekatan pengajaran membaca secara keseluruhan kata ini banyak digunakan dalam pengajaran membaca pada masa ini.
* Penekanan bukan kepada bunyi huruf tetapi bunyi keseluruhan perkataan yang terdapat pada sesuatu bahan bacaan.
* Penegasan membaca ialah pada setiap perkataan yang penuh, bukan bunyi perkataan berlandaskan sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.
* Membaca secara keseluruhan:
i) Guru akan menyediakan carta atau kad imbas yang mengandungi perkataan yang lengkap dan gambar yang disertakan dijadikan sebagai kiu bagi membantu murid menyebut perkataan tersebut.
ii) Pengulangan juga berlaku bagi memastikan mereka dapat menguasai sebutan sesuatu perkataan berdasarkan huruf yang tertera di bawah gambar tersebut.
iii) Latihan mengulangi sebutan perkataan dijalankan sehingga murid benar-benar mahir dalam menyebut perkatan atau ayat yang mudah secara keseluruhan

7) Pendekatan Holistik
> Pendekatan ini baru sahaja diperkenalkan di negara ini, terutama dalam pengajaran membaca dalam bahasa Melayu (Mahzan Arshad 2003).
> Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan.
> Pendekatan ini diperkenalkan dalam pengajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan.
> Pengajaran membaca secara professional:


i) Hal yang demikian ini berlaku kerana penekanan pengajaran membaca yang diajarkan di sekolah terlalu menegaskan aspek mendekod dan mengenal pasti perkataan secara keseluruhan (pendekatan fonik dan keseluruhan kata).
ii) Seterusnya pengajaran membaca di sekolah terlalu menegaskan aspek pemahaman bahan bacaan, iaitu pegajaran bacaan kerap dimulakan dengan membaca bahan secara nyaring dan diikuti dengan soalan perbendaharaan kata dan soalan kefahaman membaca.
> Aspek penghayatan:
i) Pengajaran membaca menerusi pendekatan holistik juga menegaskan aspek mendekod dan memahami.
ii) Perbezaannya dengan kedua-dua pedekatan di atas ialah pendekatan holistik menegaskan aspek penghayatan bahan selain daripada proses mengenal pasti huruf dan bunyi huruf atau sebutan sesuatu perkataan yang tepat.
> Penggunaan bahan autentik:
i) Bahan yang digunakan dalam pendekatan holistik ialah bahan yang autentik, iaitu buku yang sebenar atau buku yang dihasilkan oleh guru atau murid-murid sendiri.
ii) Pendekatan ini mengelak daripada menggunakan carta huruf atau perkataan.
iii) Guru membawa buku yang sebenar ke dalam kelas dan memberikan murid-murid peluang mengalami bahan yang mempunyai struktur yang lengkap.
> Teknik:
i) Teknik yang digunakan ialah bacaan lantang, berkongsi membaca, membaca berpandu, membaca berkoperatif (Mahzan Arshad, 2003 halaman 63-68).
ii) Aktiviti ini menjadi “mercu tanda” bagi pendekatan ini kerana kebanyakan kemahiran membaca dapat ditegaskan menerusi teknik membaca lantang ini.






No comments:

Post a Comment