Monday, May 6, 2013

PEMILIHAN BAHAN BACAAN



A)    PENGENALAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Kebanyakan masyarakat zaman serba moden ini hanya mementingkan bahan bacaan yang bersifat keseronokan dan tidak membosankan apabila membuat pemilihan. Hal ini sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh fahaman Hedonisme yang digagaskan oleh Epicurus di mana falsafah hidup bertujuan untuk mencapai suatu keseronokan. Oleh itu, guru-guru mestilah mengambil berat dan bijak tentang pemilihan bahan bacaan pelajar. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dalam pendidikan Literasi. Sebagai contoh, bahan teknologi, buku teks dan juga bahan kesusasteraan.

B)    PEMILIHAN BAHAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN LITERASI

Teknologi telah memberi kesan yang sangat besar terhadap masyarakat zaman moden ini terutamanya guru. Hal ini disebabkan guru adalah orang yang selalu menghadapi lapisan masyarakat yang berlainan sama ada pelajar ataupun ibu bapa serta rakan sekerja. Guru literasi haruslah mempunyai pengetahuan yang jelas tentang pemilihan bahan teknologi yang dapat digunakan secara berkesan dalam sesi pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga perlu tahu bagaimana untuk menilai secara berterusan bahan teknologi, terutamanya berkaitan perisian yang dapat digunakan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan. Guru seharusnya membuat pertimbangan apabila bahan teknologi digunakan. Guru perlu bijak mepertimbangkan keberkesanan dengan menentukan sejauhmana output  yang diletakkan dalam proses pengajaran berbanding input yang terhasil. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dititikberatkan oleh guru. Sebagai contoh:

                                            i.            Tentukan Objektif Pembelajaran
                                          ii.            Tahap Pencapaian Pelajar
                                        iii.            Tentukan Isi Kandungan dan Domain Kemahiran
                                        iv.            Tentukan Aspek Teknikal
                                          v.            Tentukan Ciri Fizikal Sesuatu Bahan Teknologi


C)    PEMILIHAN BAHAN DALAM BUKU TEKS LITERASI BAHASA MELAYU

Bahan yang digunakan dalam buku teks Bahasa Melayu dipilih bagi membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa untuk berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat dan membuat apresiasi terhadap bahan kesusasteraan. Bahan yang dikemukakan dalam bahagian membaca perlu dipilih bagi meningkatkan kemahiran pelajar memperoleh dan memahami maklumat yang disediakan. Latihan seperti melawat laman web, memperoleh maklumat dari akhbar dan majalah dan merujuk kamus adalah contoh bagaimanakah seseorang pelajar memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber.

(i)  Bahan grafik

Bahan grafik banyak memberi kesan terhadap pemahaman pelajar terhadap kandungan buku teks. Hal ini disebabkan ia dapat menterjemahkan maksud sesuatu konsep yang sukar difahami menerusi bahasa bertulis.

D)    PEMILIHAN BAHAN KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN LITERASI BAHASA MELAYU

Untuk memilih bahan kesusasteraan, guru perlu mempunyai beberapa panduan umum bagi membuat pemilihan bahan kesusasteraan yang difikirkan sesuai digunakan di dalam kelas. Bahan tersebut mestilah sesuai dengan perkembangan usia pelajar dan sesuai dengan latar belakang pelajar serta bahan yang dipilih itu mestilah dapat menarik pelajar supaya terus membaca. Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar ialah bahan yang sesuai bagi setiap tahap persekolahan seperti berdasarkan apa yang terkandung dalam buku teks dan bahan-bahan bacaan tambahan yang dicadangkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan. Bahan yang dikatakan menarik minat pelajar mestilah berdasarkan persembahan ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik terutamanya bahan yang ilustrasi luarnya menarik. Hal ini disebabkan ia akan menimbulkan perasaan ingin tahu seseorang pelajar untuk mengetahui kandungan dalam sesebuah buku. Guru juga boleh melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan yang terpilih dalam buku teks. Walaubagaimanapun, guru mestilah ingat bahawa bahan-bahan dalam buku teks sahaja tidak mencukupi bagi memperkayakan pengalaman pelajar dengan pelbagai bahan kesusasteraan.


E)    HEDONISTIK DALAM PEMILIHAN BAHAN BACAAN



Kami melihat fenomena pemilihan bahan bacaan hedonistik sebagai pilihan bacaan utama dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh intipati yang diterapkan di dalamnya itu yang menepati selera pembaca. Kami pernah melakukan temubual terhadap ramai kenalan kami yang meminati novel-novel popular. Rata-ratanya mengatakan bahawa novel-novel seperti itu mudah ceritanya untuk difahami dan menjadi hiburan kepada mereka ketika masa lapang. Dan alasan lain yang dikemukakan adalah novel seperti itu banyak nilai pengajarannya.

Kami menafsirkan hiburan yang dimaksudkan oleh mereka adalah hiburan jiwa, bukan hiburan akal. Hal ini disebabkan oleh sekiranya mereka inginkan hiburan akal, mereka akan mencari karya-karya yang bermutu. Dan soal nilai pengajaran itu, sebenarnya jika hendak kata ada nilai pengajaran pun, sikit sangat sebenarnya iaitu di pengakhiran novelnya. Sebelum pengakhiran, jalan cerita dipaparkan dengan hal-hal yang remeh-temeh dan hidonis. Kami sendiri pernah membaca beberapa buah novel sebegitu untuk membuat penilaian. Pemilihan bahan bacaan hedonistik sebegitu sebenarnya adalah salah satu daripada kesan-kesan hedonisme yang lebih banyak terhadap sebilangan besar masyarakat kita pada hari ini. Hal ini bermakna banyak faktor luaran sebenarnya yang mendesak jiwa ramai masyarakat untuk membudayakan hedonisme. 



No comments:

Post a Comment